Author: Mohd Asri Silahuddin
•11:38 PM

Pada 18 Jun 2011 (Sabtu), satu program belia telah diadakan, iaitu Program Kembara Belia Bersama PDRM. Program ini julung-julung kali diadakan di FELDA Gugusan Besout yang telah dianjurkan oleh pihak Seranta (FELDA), Jabatan Perdana Menteri di bawah program Tenaga Penggerak Masyarakat Seranta (TPMS).

Program ini telah dimulakan dengan pendaftaran para peserta konvoi daripada belia FELDA Gunung Besout 1 hingga 5 pada jam 7.30 pagi. Seramai 118 peserta telah mengambil bahagian dalam program ini. Jumlah peserta telah melebihi kuota yang telah ditetapkan oleh pihak Seranta (FELDA), Jabatan Perdana Menteri, iaitu seramai 100 orang. Ini merupakan satu titik permulaan kejayaan program ini dalam menarik minat belia untuk turut serta berkonvoi. Yang menarik perhatian adalah Pengurus FELDA Gunung Besout 3, Tuan Hj. Mohd Khalil bin Abd Basar turut berkonvoi bersama peserta konvoi.



Pada jam 8.00 pagi, telah diadakan taklimat program oleh Ustaz Mohd Hafizi bin Harun, wakil daripada Seranta (FELDA), Jabatan Perdana Menteri. Seterusnya, pihak PDRM telah memberi taklimat keselamatan kepada para peserta konvoi pada jam 8.30 pagi.

Pada jam 9.00 pagi, ADUN Slim, YB Dato’ Mohd Khusairi bin Abdul Talib telah hadir ke Program Kembara Belia Bersama PDRM bagi menyempurnakan acara pelepasan para peserta konvoi, seterusnya merasmikan program. Sebelum para peserta dilepaskan, Ustaz Hamdan bin Hj. Don, selaku SDA (U) FELDA Gugusan Besout telah membacakan doa untuk keselamatan para peserta konvoi dan yang terlibat dalam program tersebut. Pengurus Besar Wilayah Trolak, Encik Zulkifli bin Na’am dan Penolong Pengarah Seranta (FELDA) Negeri Perak, Encik Shamsuddin bin Abu Bakar tidak dapat menghadirkan diri.



Pada jam 9.15, YB Dato’ Mohd Khusairi bin Abdul Talib telah menyempurnakan acara pelepasan para peserta konvoi, seterusnya merasmikan program. Para peserta konvoi dan VIP telah bergerak ke FELDA Gunung Besout 5 dan sampai pada jam 10.00 pagi. Sebelum melawat rumah belia-belia yang sakit, para peserta dan VIP telah menjamu sarapan pagi.

Pada jam 10.30 pagi, para peserta dan VIP telah bergerak ke 3 rumah belia-belia yang sakit. Sumbangan adalah berbentuk makanan asas dan wang ringgit yang mana telah disumbangkan oleh pihak Seranta (FELDA), Jabatan Perdana Menteri dan YB ADUN Slim sendiri. Setiap rumah akan dibacakan doa selamat oleh Pegawai-pegawai TPMS, iaitu Ustaz Mohd Asri bin Silahuddin, Ustaz Mohd Hafizi bin Harun dan Ustaz Mohd Fadzli bin Yusof. Pengurus FELDA Gunung Besout 5, Encik Muhamad bin Zainudin, Pengerusi GPW FELDA Gunung Besout 5, Puan Siti Madznah binti Keling, Pengerusi MBFM Wilayah Trolak, Encik Ku Zaharin bin Ku Mansor dan Pengerusi MBFM FELDA Gunung Besout 5, Encik Lino bin Ramlee turut serta dalam lawatan.


Seterusnya, para peserta dan VIP telah bergerak ke FELDA Gunung Besout 4 pada jam 11.00 pagi bagi menyampaikan sumbangan ke 3 rumah belia-belia yang sakit. YB ADUN Slim berangkat pulang selepas selesai melawat 3 rumah bagi menghadiri Program Juara Rakyat di Ulu Slim. Pengerusi MBFM Wilayah Trolak, Encik Ku Zaharin bin Ku Mansor dan Pengerusi MBFM FELDA Gunung Besout 4, Encik Mohd Nor Khairi bin Mohd Ali turut serta dalam lawatan.

Pada jam 11.30 pagi, para peserta dan VIP telah bergerak ke FELDA Gunung Besout 2 untuk menyampaikan sumbangan ke 3 rumah belia-belia yang sakit. SDA FELDA Gunung Besout 2, Puan Fatimah binti Mohamed dan Pengerusi MBFM Wilayah Trolak, Encik Ku Zaharin bin Ku Mansor turut serta dalam lawatan.



Seterusnya, para peserta dan VIP telah bergerak ke FELDA Gunung Besout 3 pada jam 12.00 tengahari untuk menyampaikan sumbangan ke 3 rumah belia-belia yang sakit. Pengurus FELDA Gunung Besout 3, Tuan Hj. Mohd Khalil bin Abd Basar, Pengerusi MBFM Wilayah Trolak, Encik Ku Zaharin bin Ku Mansor dan Pengerusi MBFM FELDA Gunung Besout 3, Encik Nazri turut serta dalam lawatan.

Pada jam 12.30 tengahari, para peserta dan VIP telah bergerak ke FELDA Gunung Besout 1 untuk menyampaikan sumbangan ke 3 rumah belia-belia yang sakit. Pengurus FELDA Gunung Besout 1, Encik Sambas bin Palil, Timbalan JKKR FELDA Gunung Besout 1, Encik Alias bin Salion dan Pengerusi MBFM Wilayah Trolak, Encik Ku Zaharin bin Ku Mansor turut serta dalam lawatan.


Kemudian, para peserta dan VIP telah bergerak ke Dewan JKKR FELDA Gunung Besout 1 untuk makan tengahari dan solat Zuhur di Masjid FELDA Gunung Besout 1.

Pada jam 3.00 petang, para peserta konvoi bersama urusetia program telah bergotong-royong membersihkan kawasan perkuburan di Tanah Perkuburan FELDA Gugusan Besout. Segala peralatan gotong-royong telah disediakan oleh Badan Khairat Kematian dan ada yang dibawa daripada rumah masing-masing.



Seterusnya, para peserta dan urusetia telah bergerak ke Masjid FELDA Gunung Besout 1 pada jam 4.15 petang untuk Solat Asar. ADUN Slim, YB Dato’ Mohd Khusairi bin Abdul Talib telah hadir dan turut sama solat berjemaah bersama para peserta konvoi dan urusetia program.

Selepas Solat Asar, para peserta dan VIP telah bergerak ke Padang Awam FELDA Gunung Besout 1 untuk acara sukaneka. Sukaneka telah diuruskan oleh MBFM FELDA Gunung Besout 4. Acara yang dipertandingkan adalah tarik tali. Seramai 6 kumpulan lelaki dan 6 kumpulan perempuan mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Setiap kumpulan terdiri daripada 8 orang peserta. ADUN Slim, Timbalan JKKR FELDA Gunung Besout 1 telah menjadi pengadil dalam acara tarik tali, seterusnya merasmikan Majlis Penutup Program Kembara Belia Bersama PDRM.



Kemudian, para peserta dan VIP telah bergerak ke Dewan JKKR FELDA Gunung Besout 1 untuk minum petang. Program berakhir pada jam 6.30 petang.