Author: Unknown
•6:02 PM
Pada 6 JULAI 2009, pelajar-pelajar tahun 4 & 5 Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi telah mengikuti perkhemahan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) bertempat di Kem El-Azhar Banting Selangor sehingga 8 JULAI 2009. Pada pukul 8 pagi, pelajar-pelajar ditugaskan untuk mencipta bendera seksyen masing-masing di kelas mengikut kreativiti masing-masing sebelum bertolak ke kem.





Pada pukul 10 pagi, pelajar-pelajar bertolak ke kem menaiki bas sekolah.



Pada pukul 12.45 tengahari, pelajar-pelajar telah sampai di Kem El-Azhar Banting Selangor.




Pada pukul 2 petang, pelajar-pelajar berkumpul di dewan untuk mendengar sedikit taklimat.




Pada pukul 3.00 petang, pelajar-pelajar mengikuti aktiviti pertolongan cemas dan ikatan. Guru-guru telah memberi tunjuk ajar sepanjang program.







Pada sebelah malam, pelajar-pelajar mengikuti aktiviti night walk mengikut seksyen masing-masing dengan bimbingan guru-guru. Aktiviti tersebut bermula pada pukul 10 malam.






Akan bersambung,,,